Monday 13 April 2015

Sekolah diserang robot !!

"Sekolah diserang robot". Ini adalah ungkapan beberapa orang guru yang menunjukkan kehadiran robot seumpama maskot yang hadir ke sekolah untuk melancarkan "Program Jelajah Sekolah" anjuran Pusat Sumber Sekolah.


Syarikat BLINK iaitu sebuah syarikat yang bernaung di bawah PTS Media Group Sdn Bhd telah dijemput hadir bagi melaksanakan program ini, dalam program ini pameran dan juga jualan buku turut diadakan selama seminggu di sekolah.




Taklimat daripada wakil BLINK
Robot bersama warga sekolah

Murid Pendidikan Khas
Selamat datang robot
Bergambar bersama Pengawas Pusat Sumber


Jualan dan pameran buku

Murid hadir ke jualan buku
Jualan buku


Sunday 12 April 2015

Kem Bestari Solat Tahap 1, 2015

Sabtu, (11.4.2014), Panitia Pendidikan Islam sekolah telah mengadakan Kem Bestari Solat (KBS) bagi semua permata Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Seronoknya program kali ini adalah kerana kehadiran jemputan khas Mahasiswa/i daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang hadir sebagai fasilitator dalam mengendalikan program ini. Nafas baru, mood baru dan suasana ceria lahir daripada wajah permata SKRTB apabila "orang luar" yang melatih dan membimbing mereka. Ini dapat memberi satu suntikan motivasi kepada mereka semua.


Taklimat perjalanan KBS kepada Fasilitator


Sesi ramah mesra daripada Mahasiswa/i UIA

Penerangan berkenaan wuduq

Kelas bersama fasilitator

 Amali mengambil wuduq dibantu oleh fasilitator UIA


 Penerangan berkenaan cara bersolat yang betul


























Antara ustazah yang hadir membantu

Ustaz yang hadir membantu

Wednesday 8 April 2015

Mesyuarat Agung Rumah Sukan 2015

Khamis, 9 April 2015 SK RTB Bukit Changgang telah mengadakan Mesyuarat Agung Rumah Sukan Tahun 2015. Mesyuarat Agung ini telah dilaksanakan dengan lancar dan teratur yang diketuai oleh Ustaz Wan Mohd Hassan sebagai SU Sukan sekolah.

Semua guru bekerjasama dan memberi semangat kepada murid rumah sukan masing-masing. Mesyuarat Agung ini lebih meriah dan seronok apabila setiap rumah sukan telah mencipta SORAKAN rumah sukan masing-masing. Jom sama-sama kita tunggu saat yang dinanti-nanti yang mana setiap rumah sukan akan berentap untuk mendapat JUARA dalam sukan tahun 2015 ini.

Ustaz Wan Mohd Hassan mengurus murid mengikut rumah sukan.

Pada tahun 2015 ini, guru hebat dan penuh semangat kesukanan yang telah dipilih bagi menyandang jawatan sebagai Ketua Rumah Sukan adalah;

 ~ Cikgu Rohana bt Abdul Sukoh  (Ketua Rumah BIRU)
 ~ Cikgu Mazlina bt Mamat           (Ketua Rumah KUNING)
 ~ Cikgu S Rosy bt Ahman           (Ketua Rumah MERAH)
 ~ Cikgu Siti Arbaiyah bt Kadir      (Ketua Rumah HIJAU) 


Rumah Kuning
Rumah Biru











Rumah Hijau
Rumah Merah

Lawatan Penanda Aras di SK Kota Warisan, Sepang 2015

Pada 8 April 2015 (Rabu), satu lawatan penanda aras telah dilaksanakan bagi mewujudkan satu jaringan pintar di antara SK RTB Bukit Changgang, Banting dengan SK Kota warisan, Sepang dalam pembangunan PPDa di sekolah. SK Kota warisan, Sepang merupakan (Johan Bilik Sumber PPDa) Peringkat Kebangsaan 2014. Seramai 13 orang guru dari SK RTB Bukit Changgang telah menyertai rombongan lawatan penanda aras ini.

                                PERSEMBAHAN DARIPADA (PRS), SK KOTA WARISAN

Selepas persembahan, rombongan di bawa masuk ke bilik mesyuarat bagi ucapan alu-aluan oleh PK Petang (En. Rosli) dan juga tayangan video korporat PPDa. Aktiviti seterusnya adalah perkongsian ilmu berkenaan sistem failing untuk persediaan pertandingan peringkat kebangsaan. Kemudian, rombongan di bawa melihat bilik PPDa dan kawasan sekitar yang terlibat dengan pameran PPDa.

Taklimat daripada PK Petang
Tayangan Video Korporat










Sistem Failing
Senarai Anugerah










Sudut Pameran
Taklimat oleh wakil sekolah










Ahli Rombongan
Ahli Rombongan


Sudut Mural
Sudut Mural



Sudut Pameran






  
Sudut di Tangga


Sudut Keinsafan




Sudut Keinsafan

Tuesday 7 April 2015

Majlis Penyerahan Mentor Mentee Tahun 6, 2015

Majlis Penyerahan Mentor Mentee ini telah dapat dijalankan dengan teratur dan disempurnakan oleh Tn. Hj. Azmi bin Hj. Ismail (Guru Besar) SK RTB Bukit Changgang dan diraikan oleh semua guru sekolah. Pada tahun 2015 ini program mentor mentee dilakukan fokus kepada permata Tahun 6 sahaja bagi mewujudkan satu usaha agar semua guru dapat memberi sepenuh perhatian kepada murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR tidak lama lagi. Didoakan semoga usaha yang kecil ini dapat memberi impak yang positif kepada perkembangan murid di sekolah dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi akademik sekolah.