Tuesday 21 June 2016

Program Kecemerlangan UPSR Kumpulan Sekolah DUN Dengkil 2016

SKRTB telah dipilih menjadi Pengerusi bagi Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR Kumpulan Sekolah DUN Dengkil (Zon Kuala Langat) pada tahun ini. Oleh itu, perencanaan bagi program ini telah dilaksanakan oleh jawatankuasa dalaman di kalangan guru dan pentadbir SKRTB. Di bawah disertakan sekali jadual perlaksanaan program sepanjang tahun 2016.

Pihak SKRTB dan semua Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR Kumpulan Sekolah DUN Dengkil ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada ;

Yang Berhormat Tuan Shahrum bin Dato' Mohd Shariff (ADUN Dengkil) 
dan juga 
Pihak Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor

kerana telah bersetuju memberi sumbangan bagi pengendalian program ini sepenuhnya.  Ucapan terima kasih juga kepada PPD Kuala Langat di bawah penyeliaan Ustaz Nor Azman bin Abdul Aziz (Penyelia Pendidikan Islam, PPD Kuala Langat) yang telah banyak membantu melancarkan perjalanan dan perlaksanaan program ini.