Tuesday 24 November 2015

UPSR 2015

Wajah gembira murid tahun 6 yang telah mendapat (5A) dalam UPSR 2015. Semua Guru khasnya dan warga sekolah seluruhnya mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS. Didoakan semoga kecemerlangan ini terus berkekalan kepada mereka selamanya, juga kepada semua murid tahun 6, 2015. Sehingga kita semua berjumpa lagi.


Monday 23 November 2015

Kejohanan Olahraga SK RTB 2015

Senyum tetap senyum walaupun penatnya pasti ada namun demi anak murid makanya guru-guru tetap gagah memastikan perjalanan sukan sekolah ini dapat dilaksanakan dengan teratur, meriah dan seronok.




Gelagat cikgu apabila berada di padang, kemungkinan di masa depan boleh ditambah dengan acara "topi" cikgu yang paling meriah. Walaupun panas, baik guru dan murid tetap setia berada di padang sehingga tamat kejohanan sukan sekolah.




Setelah acara di padang tamat, maka tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian hadiah kepada pemenang dalam setiap acara yang dipertandingkan. hadiah di sampaikan oleh Tn. Hj. Azmi bin Hj. Ismail (Guru Besar) sekolah.









Wednesday 18 November 2015

Program Gemilang Sahsiah Tahun 5, 2015

Program Sahsiah Gemilang untuk Tahun 5 ini telah diadakan pada 17/112015. Pelaksanaan program ini dapat dijalankan dengan lancar dan teratur. TAHNIAH kepada semua peserta dan juga AJK Guru yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.