Monday 23 November 2015

Kejohanan Olahraga SK RTB 2015

Senyum tetap senyum walaupun penatnya pasti ada namun demi anak murid makanya guru-guru tetap gagah memastikan perjalanan sukan sekolah ini dapat dilaksanakan dengan teratur, meriah dan seronok.




Gelagat cikgu apabila berada di padang, kemungkinan di masa depan boleh ditambah dengan acara "topi" cikgu yang paling meriah. Walaupun panas, baik guru dan murid tetap setia berada di padang sehingga tamat kejohanan sukan sekolah.




Setelah acara di padang tamat, maka tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian hadiah kepada pemenang dalam setiap acara yang dipertandingkan. hadiah di sampaikan oleh Tn. Hj. Azmi bin Hj. Ismail (Guru Besar) sekolah.









No comments:

Post a Comment