Monday 29 February 2016

Program "Leadership4u" (Together We Achive More) 2016

Program "Team Building" untuk semua guru dan kakitangan SKRTB telah dilaksanakan pada 27 Februari 2016 (Sabtu). Program ini mendapat sambutan yang sangat hebat daripada semua warga SKRTB termasuk AJK PIBG yang juga turut menyertai program ini. 

Dalam kesempatan ini, pihak sekolah juga ingin merakamkan ucapan TERIMA KASIH dan TAHNIAH kepada fasilitator yang terdiri di kalangan AJK Majlis Guru Bimbingan Kaunseling (MGBK) Daerah Kuala Langat yang telah dapat mengendalikan program ini dengan jayanya. 












Saturday 13 February 2016

Bola Jaring MSSD Kuala Langat 2016

SK RTB Bukit Changgang telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Jaring MSSD Daerah Kuala Langat yang telah diadakan pada 3 & 4 Februari 2016 (Rabu & Khamis).

Antara aksi pemain yang telah dapat dirakam oleh lense camera  




 


 Gelagat guru-guru (Urusetia) dalam kejohanan ini



ISTIMEWA dalam kejohanan kali ini adalah pasukan bola jaring sekolah berjaya memasuki "final". Pasukan sekolah dan pasukan lawan sempat bergambar kenangan sebelum pertandingan bermula.


Guru Besar dan Pentadbir sekolah juga turut bersama-sama memberi sokongan dan kelihatan mereka penuh semangat melihat pertandingan ini.


Akhirnya Tahun 2016 telah melakar sejarah bagi sekolah kerana pasukan bola jaring sekolah telah berjaya menjadi JOHAN bagi kejohanan kali ini. Tangisan dan sorakan kegembiraan telah terpacar di setiap wajah pemain mahupun guru-guru yang turut menyaksikan pertandingan ini. TAHNIAH DIUCAPKAN !.











Program Maju Diri 2016

Program Maju Diri (PMD) sekolah telah dapat dijalankan dengan lancar dan teratur mengikut perancangan perlaksanaan program ini. Program ini telah mendapat kerjasama daripada pihak Pentadbir Sekolah dan juga Unit Disiplin. Dalam PMD 2016 ini murid tahap dua dibahagikan kepada hari yang berlainan iaitu Tahun 4 (Rabu), Tahun 5 (Khamis) dan Tahun 6 (Jumaat). Program lebih tertumpu kepada galakkan ke sekolah dan juga harapan di kalangan guru terutama Guru Besar (Tn. Hj. Jaini bin Darsan).